Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) / Section 17A Corporate Liablility of MACC Act 2009 (Ammended 2018)

Peruntukan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM (Pindaan 2018) berkuat kuasa pada 1 Jun 2020. Akta ini menekankan tanggungjawab organisasi komersial dalam pencegahan rasuah.

Seksyen 17A memperuntukkan bahawa organisasi komersial bertanggungjawab atas perbuatan rasuah yang melibatkan pemberian rasuah kepada “orang bersekutu” yang termasuk pengarah, pengawal, pengurusan dan pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak organisasi. Dalam pembelaannya, organisasi komersial mesti membuktikan bahawa mereka mempunyai “Tatacara yang Mencukupi” untuk menghalang semua orang yang berkaitan daripada melakukan pemberian rasuah.​​

Adalah penting bagi semua orang yang berkaitan dalam organisasi anda untuk menyedari dan memahami implikasi tindakan mereka di tempat kerja. Oleh itu, kesedaran dan latihan boleh membantu menjelaskan pemahaman anda tentang semangat undang-undang dan memahami kesahan di sebalik Peruntukan Liabiliti Korporat dan maksudnya untuk syarikat anda, kakitangan anda & pemegang kepentingan anda.​

Kami menjalankan latihan termasuk sesi kesedaran interaktif mengenai Akta SPRM, Peruntukan Liabiliti Korporat S17A, Garis Panduan Prosedur Mencukupi, pelbagai langkah dan alat pencegahan rasuah termasuk Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), saluran pelaporan Whistleblowing, penilaian integriti dan latihan panduan.