Azita Consultancy I Anti-Bribery & Anti-Corruption Consultation

 

azita_consultancy

Azita Consultancy | Anti-Bribery & Anti-Corruption Consultation menyediakan  Khidmat Nasihat dan Perundingan tentang Integriti, Governans & Pencegahan Rasuah dan  Latihan Perakaunan kepada SMEs.

Kami adalah Perunding yang mempunyai kelayakan untuk melaksanakan MS 37001:2016 Anti Bribery Management Systems utk Organisasi Kerajaan dan Syarikat Korporat.

Kami percaya usaha pencegahan rasuah yang berkesan adalah dengan kefahaman yang jelas tentang akibat yang akan ditanggung daripada rasuah yang berlaku dan mewujudkan kerjasama secara meluas serta penambahbaikan secara berterusan oleh pelbagai pihak yang terlibat.

Kami meyediakan perkhidmatan seperti berikut::

Khidmat Latihan dan Perundingan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) dan Adequate Procedure;

Khidmat Latihan Perakaunan dan Perundingan kepada SME:

  • Procedur Operasi Standard dan Dokumentasi / Standard Operation Procedure (“SOP”) & Documentation
  • Pengkosan Projek/ Project Costing;
  • Belanjawan Syarikat/ Company Budget;
  • Latihan Perakaunan /Accounting Training

Kami faham sebab utama syarikat ditubuhkan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Kesinambungan sesebuah perniagaan daripada keuntungan yang diperolehi adalah penting untuk setiap perniagaan dan pemiliknya yang perlu dilindungi. Namun, dengan peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) yang diperkenalkan akan mensabitkan Syarikat dengan kesalahan rasuah sekiranya pihak Syarikat didapati tidak mempunyai Tatacara yang Mencukupi apabila pekerja syarikat atau business associate melakukan kesalahan rasuah.

Untuk memastikan kesinambungan, Syarikat perlu melakukan perkara berikut:

  • Mempunyai Tatacara Yang Mencukupi  berdasarkan prinsip  T.R.U.S.T di dalam Syarikat:
  • Memberi Latihan dan Kesedaran Anti-Rasuah dan Liabiliti Korporat kepada semua Pekerja, Pihak Ketiga yang berurusan dengan Syarikat (Vendor, Kontraktor, Partner) dan Pengarah Syarikat;
  • Memberi kefahaman tentang   kandungan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah kepada Pihak Pengarah, Pihak Pengurusan dan semua Pekerja bagi membolehkan mereka memahami dan mengetahui tanggunjawap mereka kepada pihak Syarikat ;
  • Mempunyai Polisi dan Prosedur Anti-Rasuah yang lengkap sebagai panduan kepada Pekerja;
  • Mengenalpasti Potensi Risiko Rasuah dengan melakukan Penilaian Risiko Rasuah (CRA)  secara berkala dengan sistematik dan efektif:
  • Mempunyai Plan Anti-Rasuah Organisasi  (OACP) yang komprensif di dalam menangani isu Rasuah, Governans dan Integriti di dalam Syarikat :dan
  • Melindungi Syarikat daripada Liabiliti Korporat dengan mempunyai Integriti dan Governans yang baik.

AZITA Consultancy hanya ingin membantu Usahawan Kecil dan Sederhana yang mahu BERJAYA dan TERUS MAJU dalam suasana TELUS dan BERINTEGRITI.

Bantu kami untuk kami membantu anda USAHAWAN BUMIPUTERA!   Tanya Kami

MASA ITU EMAS

Kepada semua Usahawan Kecil dan Sederhana, apa yang kami boleh lakukan untuk membantu anda?

Hubungi kami dan kami akan hubungi anda kembali dalam masa 24 jam. Kepakaran dan pengalaman kami akan memberi manfaat kepada syarikat anda.

Hubungi kami di AZITA Consultancy  Sekarang